Bibimbap



Bibimbap, originally uploaded by hairieusoff.

Makanan Korea yang menjadi kesukaan HE semasa berada di Korea. Hari ini isteri menyediakan makanan ini:


Resepi:

1. Penyediaan Nasi

* beras
* sedikit minyak masak
* garam secukup rasa
* air

2. Penyediaan daging

* 200g daging
* 2 sudu kecil kicap Kikoman
* 1 ulas Bawang Putih
* 1 ulas Bawang Merah
* 1 sudu besar Minyak Bijan
* Secubit Lada Sulah
* 1 sudu kecil Cuka
* 1 sudu besar Gula

3. Sayur (sebarang sayur)

* 150g timun
* 150g taugeh
* 150g lobak merah
* 150g lobak putih
* kicap, garam, lada sulah dan minyak bijan secukup rasa
* cendawan enoki

4. Penyediaan sos pedas
* 3 suduh besar sos asas gochujang
* 1/2 sudu besar madu

5. Penyediaan sos bijan

* Minyak bijan secukup rasa
* Biji bijan sekadar secubit

6. Penyediaan telur

* Masak telur sebelah atas sahaja

Cara:

1. Masak nasi seperti bahan 1.

2. Goreng tanpa minyak bahan 2 secara berasingan.

3. Goreng tanpa minyak bahan 3 secara berasingan mengikut sayur.

4. Letakkan semua bahan seperti di dalam gambar di atas nasi yang panas dan kemudian letakkan telur di tengah-tengah.

5. Tabur sedikit biji bijan.

6. Makan bersama sos pedas gochujang dan minyak bijan.

Selamat mencuba

16 comments:

maisya said...

sos asas gochujang ni ada jual ke kat msia ? Boleh ganti dengan benda lain tak?

hairieusoff said...

ada... di jusco, tesco dan carrefour... sos kimchi pun boleh pakai... kalau nak tukar selera... pakai chili sos je..heheh

KNizam said...

wahhh nampak sedap lar

ShY said...

Alamak!.. Cam fear factor ahh.. tkpi nk try gak lah!

fiet.. said...

Wah....enak banget ya... Di jakarta ada gak ya?

aida said...

kimchi yang dijual di jusco tu, halal ke?

jojet said...

bang cam ner nak buat kimchi

Desy said...

Hmm..Keliatannya enak..

Mau coba saya..
Berhasil tidak ya??

Thx atas resep nya..

hadiabdul said...

saya baru balik dari korea...saya tinggal di seol.....di sana memang susah untuk cari makanan halal terutama berasaskan daging...tapi alhamdulillah saya tinggal di sekitar Itawon...hotel capital...saya pegi sembahyang di masjid...syukurnya saya kerana masih ada masjid dan orang islam di sana..berdekatan dengan masjid ada banyak restoran makanan halal....saya makan untuk survive aje...saya makan di restoran kashmir,. tapi kena berhati-hati apa yang kita makan....dikhuatiri tidak halal....ayam, daging,,,memang ada dijual tapi kena tahu sembelihannya....cara islam atau tidak...okey setakat ini dulu...saja nak inform sesiapa yang membaca...

mamayu said...

nak tanya mana boleh dapat chopstick dan sudu korea kat malaysia? ada tak resepi mee sos yg saya slalu tengok dlm cerita korea.

qila said...

mee sos...? dlm cple or trouble la tu...
nampak sdp kan..anna mkn..
sampai sye buat sendiri kat umah...haha

rubisya007 said...

taw xpe..
saye npk anna mkn mee sos 2 pon terliur.. sdp tol die mkn.. da teringin sgt, mkn la mie sdp goreng.. npk gak cam mee sos..hehe

falisa said...

hai hairie...
nice blog here..
just nak tanya. saya pun suke makan mkn korea. one of it is gachujang (hot pepper paste). but, the problem is, dekat tesco, dia label under NON-HALAL item. but jusco tak. so, i'm a bit confused. sebenarnya all the pastes yg guna dalam masakan korea ni halal ke tak?
TQ

hairieusoff said...

oleh keran di jepun ni mmg tak blh saya nak mkn di kedai korea, jadi saya minta isteri masak. bila membeli sos gochujang selalunya saya membaca ingredient. Saya membeli jenama Hotmiso. Dari senarai bahan yang dibuat hanya dari cili, beras pulut, beras biasa dan garam. Saya tidak pasti gochujang mana yang di restoran gunakan tetapi saya akan tanya mereka sos apa?

hairieusoff said...

hi falisa

saya pun selalunya sangat berhati2 dalam membeli makanan. Di Jepun selalunya sangat detail kandungan ditulis. Jadi kena lihat bahan betul2. Tidak semua boleh dimakan tetapi yang saya pasti kebanyakannya boleh dimakan kerana asasnya chili dan beras pulut kalau HE tidak silap. Tapi mungkin ada sedikit bahan lain yang tidak dibenarkan dan dikategorikan tidak halal.

Post a Comment