Bingka Keledek, originally uploaded by hairieusoff.
Ini adalah kuih Bingka Keledek. Isteri HE buat selepas ada baki keledek di dalam gobok makanan dapur.
Resepi:
2 cawan gula pasir
1 biji telur ayam sedang
3 cawan tepung gandum
600g keledek
500ml santan
sedikit vanilla
Keledek direbus lembut dan dilenyek hingga lumat. Masukkan semua bahan-bahan kedalam blender dan blend hingga halus. Di tapis kedalam periuk nasi automatik yang sudah disapu mentega. Hidupkan periuk nasi sehingga masak.
2 comments:
saya kurang faham tentang kicap seperti kicap kikoman,
sos gochujang.
selalunya ada jual di gendung atau supermarket asal Jepun atau Korea seperti Jusco dsb
Post a Comment