Isteri masak Kuey Teow berbuka hari ini. Tiada selera nak makan nasi. Resepi ini diperolehi dari blog rakan isteri. Bubuh aje kat sini.
Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* U TK MEE *
300gm kuey teow - di Jepun tiada Kuey teow, jadi pakai Kishimen)
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
UTK PASTE-
- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
- Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE-
- Tumis cili boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cawan.
- Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min saja, pastikan api kuat semasa memasak.
0 comments:
Post a Comment