Bahan-bahan:
250g Krim Keju (Cream Cheese) - (Philadelphia 1Box)
80g Gula - (dianggarkan sama dengan 9 sudu besar penuh
200ml Krim segar (Fresh Cream) - (1 Pack)
3 biji telur
2 sudu besar tepung (Plain flour)
1 sudu besar jus lemon
Cara:
1. Pukul Krim Keju dalam mangkuk dan masukkan gula dan gaul.
2. Masukkan Krim segar, Telur satu persatu. Putar.
3. Masukkan tepung dan jus lemon. Gaul sehingga tidak berbintil.
4. Masukkan adunan di dalam periuk nasi. Jika mangkuk periuk merupakan periuk non-stick, sapukan sedikit mentega. tekan butang "Cook".
5. Bila sudah masak, tekan butang "Keep Warm" untuk tempoh 5-10 minit. Ulang langkah ini 3-4 kali.
6. Gunakan kayu atau chopstik untuk memeriksa sama ada kek sudah masak. Adunan telah masak sepenuhnya jika kayu tidak melekat dengan adunan.
7. Letakkan pinggan di atas kek dan perlahan-lahan keluarkan dari periuk nasi dengan terbalikkan periuk tersebut. Biarkan seketika untuk sejuk sebelum dihidang.
8. Hidang dengan sos blueberry yang boleh dibeli di supermarket.
1 comments:
[...] Jika kalian mahu mencuba resepi Kek Keju di atas, pergi ke laman web Seleraku (kek Keju)- laman web penghargaan HE terhadap [...]
Post a Comment