Resepi yang diperolehi dari myresepi. Kalau di Jepun memang susah nak makan Tiramisu kerana biskutnya direndam dengan kopi dan wain. Jadi kena buat sendiri. Resepinya:
Bahan-bahan:
2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
250g cream cheese
250g whipping cream
150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
serbok kok/cokolat utk hiasan
Cara
1. Satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
3. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan.
4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka sebelum disimpan.
3 comments:
salam singgah..sungguh menyelerakan hidangan2 yang disajikan..hehehe..aku ni xrajin masak tapi rajin nak merasa..hehehe..
Salam..Sedara,guna keju mascarpone tak?
saya menggantikan keju mascarpone dengan krim keju Philadelphia. Tapi gunkan mascarpone lebih best
Post a Comment