Ikan Siakap Stim/Kukus



Ikan Siakap Stim, originally uploaded by hairieusoff.

Selepas "sedekah" darah untuk pemeriksaan kesihatan sebulan lalu, nafsu makan macam membuak-buak tetapi takut berat badan meningkat. Jadi teringin makan ikan stim atau ikan kukus Siakap. Ini resepi mudahnya.


1 ekor Ikan Siakap
4 ulas Bawang putih (dadu)
4 biji Limau kasturi - ambil jusnya
4 senduk kecil nampla
1/4 buah nenas - dipotong dadu)
1 biji Tomato - dadu
6 helai Daun ketumbar - hiris halus
2 helai Daun limau purut - hiris halus
4 biji Cili padi
3 sudu kecil Garam
2 sudu kecil Gula

Cara

1. Tabur garam pada ikan dan dalam ikan

2. Masukkan bawang putih, nenas , cili, daun ketumbar, daun limau dan tomato.

3. Bancuh sos (masukkan jus limau, nampla, garam dan gula)

4. Tuang bancuhan sos ke dalam pinggan ikan.

5. Kukus sehingga masak.

0 comments:

Post a Comment